Itik Pekin atau
Itik Pulau Long [1] (Anas platyrhynchos domestica
[2][3] atau Anas peking
[1] ), ialah
baka itik ternakan yang digunakan, terutamanya, untuk pengeluaran
telur dan
daging. Itik ini diternakkan daripada
spesies Itik Melewar di
China. Leluhurnya berasal dari
tali air yang menghubungkan
jalan air di
Nanjing (bukan
Beijing) dan pada asalnya memiliki badan yang kecil serta bulu yang berwarna hitam. Dengan penempatan semula
ibu negara China ke
Beijing, lalu lintas
barj bekalan meningkat di Beijing dan seringnya menumpahkan
biji-bijian dalam pemindahanya ke darat, lalu biji-bijian itu dimakan oleh Itik Pekin. Justera, bilangan itik beransur-ansur bertambah dan bulu itik itu berubah daripada warna hitam menjadi warna putih. Menjelang zaman
Lima Dinasti, spesies itik yang baharu ini diternakkan oleh petani Cina.
[4]Pada tahun
1873, sembilan ekor itik dieksport dari China ke
Pulau Long di
New York,
Amerika Syarikat dan justera, itik itu serta dagingnya kadangkala dirujuk sebagai "Itik Pulau Long".
[5] Itik Pulau Long merupakan itik komersil yang paling banyak diternakkan di Amerika Syarikat, sungguhpun sesetengah
penternakannya telah dipindah dari
Kaunti Suffolk, New York ke negeri
Indiana. Sekitar 95% daripada semua jenis daging itik di Amerika Syarikat ialah daging Itik Pulau Long, iaitu Itik Pekin.